Aku tak sambut Tahun Baru

Esok dah masuk tahun 2014.

Time macam ni memang tengah hot untuk kira detik masuk New Year.

Konpem penuh dataran.

Ada yang lepak bawak famili, kawan-kawan, tak kurang juga bawa buah hati memasing.

Kononnya nak kira "3,2,1..Happy New Year!!!"




Masa macam ni la, maksiat berleluasa. Hotel murah penuh ja dengan pasangan yang lepaskan nafsu memasing.

Lepas 9 bulan.."Uweekk...uwekkk.." *bunyi baby nangis derrrr*

Aku setuju dengan satu keratan akhbar. Tarikh tak ingat.

Tukarkan sambutan baru dengan majlis keagamaan.

Sejuk hati je bila bace pasal ni.

Tak perlu nak membazir duit untuk hiburan yang entah pape.

Lagha semua tu.

Bila ada program keagamaan yang kite pergi, dah dapat pahala.

Malah dapat ilmu yang sangat berguna untuk dimanfaatkan.

Ni tidak.. terlompat macam beruk je kat atas pentas.

Batalkan konsert sambutan tahun baru. Buat majlis keagamaan. 

Terbaik.. :)

Maaf kepada kawan-kawan yang ajak sambut tahun baru tu.

Aku malas dan buang masa. 

Dan aku dah tak sambut tahun baru ni. Last aku gi dataran masa umur 10 tahun.

Lepas tu..insaf.. 

Sekian.. Maaf andai terasa.

Peace yoo!





Best ke fake relay??


Fake relay/relationship..
Common la kalau buka FB nampak status macam ni.

Status minta kaki.. Seriuss..

Apa tu fake relay?
Alaa..orang lain paham tu ialah kapel olok-olok.. *senang cerita*

Tapikan, relay tu sebenarnya suis elektrikal.. hahahaa.. *try search kat google*

Budak-budak yang terencat akal dan kekurangan kasih sayang serta batak perhatian yang overdose memang suka buat fake relay..

Contoh status: "Fake relay jom,nak tak? Titeww tengah bosan ni. Komen kat bawah sape yang nak" 

Selalunya disertakan dengan selfie muka duckface (kononnya rasa comel buat gitu)

Huarggghhh...gediknya bila aku baca! *flip table*

Nak tanya la..syok mane la sangat buat macam tu.
Rasa diri hot sebab ramai yang berebut-rebut nak relay dengan ko?

Aku ni dah la jenis tak suka mengadap benda macam ni..
Hairan camne la boleh ter'friend' dengan gegirls ni.
Remove adalah jalan yang terbaik untuk hentikan mulut aku daripada terus maki dia dalam hati.. 
Dan selamatkan harta benda aku daripada kena sepak dek sebab hati tetiba panas bila baca status macam tu.

Pesan aku, tak payah la buat camtu.
Nampak diri murah sangat and desperate so much.
Nama pun girls kan.. so jaga la maruah diri.
Lelaki pulak..urmmm nampak bapuk?ahahaa soriii..

Kalau selalu tukar relationship tu, tak ke naya kena cop "PLAYGIRL"..
Kalau rasa bangga, tak pe la..go on with your life.
Kalau boy kena cop "PLAYBOY", selalunya rasa diri dah jadi budak hot  -..-"

Budak-budak zaman la ni bukan tau malu pun..suka buat benda yang malukan diri sendiri dan boleh masuk dalam kategori "BANGANG ABADI".
Haisshhh...ni generasi nak memimpin negara nanti?
Lagi jahanam jawabnyerr..

Sekian..
Maaf untuk kata-kata yang kesat.





Students and "Exam Fever"

Student dan exams..
Memang tak dapat dipisahkan.. sama juga la dengan aku pun.
Asal setiap kali nak exam je, kepala ting tong.
Stress sana sini.. 
Kawan cakap salah sikit, mula nak melenting..
Sensitif sangat.. Emosi sentiasa terusik.
Yang lagi tak ok, selalu asingkan diri.
Adakah ini dinamakan simptom "exam fever"?

Kadang-kadang, ada yang study sampai tak cukup rehat.
Bila rehat tak cukup, badan pun rasa lemah ja. 
Macam mane la nak study?
Rehat cukup,tidur pun cukup..
Insya Allah boleh skor untuk exam.

Aku tengok kawan-kawan aku juga.
Bila aku tegur dia, dia buat tak tahu..
Buat muka tengah tension.
Kononnya tengah fokus study.
Siape cakap tak terase..
Macam tengah cakap dengan patung yang tak bernyawa.
Aku cuba faham situasi kawan-kawan.
So aku buat rilex dan teruskan dengan study aku.

Seminggu sebelum final exam, aku study ala kadar.
Memang aku jenis macam tu.
Aku fokus mana yang susah dan soalan spot yang di'aim' oleh lecturer.
Topik selain tu aku baca untuk soalan objektif nanti.
Tak hairan la kalau aku tidur awal. 
Pukul 11 malam, aku dah masuk bilik.
Kawan-kawan roomate yang lain stay-up
sampai lewat pagi..
Diorang dah biasa.. Aku tau diorang pun pelik sebab aku tak study gila-gila.
Aku tak sanggup kepala aku migrain sebab tidur tak cukup.

Minggu exam.
Alhamdulillah aku boleh jawab.
Soalan yang aku spot masuk dalam exam.
Kami happy je.. Harapan boleh la kot dapat dekan ramai-ramai.
Tapi aku sedikit kecewa time tu.
Ada kawan yang sampai tak nak cakap dengan siapa-siapa.
Stress,maybe?? Tapi kena pandai kawal la.
Sampai buat orang lain rasa bersalah.
Ada masalah, boleh share dengan kawan-kawan yang boleh dipercayai.
Apa-apa pun,wish all de best untuk semua.

Hari result final exam diumumkan.
Semua berjaga malam sampai ke pagi untuk check result di website universiti.
Aku terkecuali.. Malas nak tunggu.
Rela buka pagi esok.
Aku tanya kawan yang tak nak cakap dengan siapa-siapa tu.
Mulanya dia tak nak beritahu tapi kawan dia yang gitau aku.
Dia tak dapat dekan.
Aku terkejut gile..mana taknya..
Dia study gile.. sampai tak dak masa untuk rilex-rilex.
Dia tanya result aku.
Aku tak sampai hati nak gitau yang aku dapat dekan sem ni.
So aku menipu..aku cakap aku tak dapat dekan.
Dia bagi kata-kata semangat dekat aku.

"Sem depan,kita usaha sama-sama ye untuk dapat dekan"..

Aku senyum.. sambil balas "Ye"..

Aku harap dia study dengan cara yang betul..
Bukan study sorang-sorang.. 
Apa gunanya ada kawan tapi tak nak minta tolong ajar kan?

So study smart and hard..
But don't make ur mind hard too..chill and rilex ok?

Adioss..

Problem kapel time study.

Semua pernah bercinta..
Budak sekolah rendah pun dah tau pasal ni. Tak paham aku..

Gatal jugak budak zaman sekarang. Aku gatal jugak tapi tahap terkawal.
Aku first bercinta umur 18..kira time tu la aku dok syok berkapel.Ingatkan best..

Tapi..perghh buat aku lagi sakit kepala je.
Tak kol,cakap tak rindu laaa..
Tak balas mesej,cakap dah tak sayang dia laa..
Memang buat aku sakit jiwa jap.

Nasib aku tak baik sebab dapat pakwe yang kuat jeles dan nak beri perhatian 24 jam je kat dia.

Huh??Aku pun ada komitment lain jugak.
Takkan nak layan mesej,kol dari dia setiap saat kot.

Aku just mampu bertahan dalam setahun je.. Kira lama jugak la tu..

Sebab aku break,aku tak dapat fokus dengan study aku.
Time tu tengah buat asasi.. bayang sendiri la life student asasi macam mane kan..

Lepas je break,aku rasa tenang...tenang dari gangguan yang boleh musnahkan mood aku.

Then,aku boleh study dengan happy.. sebab tak der la nak makan hati dek selalu kena marah dan layan orang yang kuat jeles..

So apa yang aku nak cakap kat sini,janganlaa bercinta time study lagi.

Serius kacau korang punya study je nanti..

Nanti mesti je ada yang cakap nanti,

"Elehh..ko dapat balak tak ok,ko cakap macam tu laa.."

Ok helllooooo!!
Aku tengok kawan-kawan aku pun faced problem yang same.
Aku tengok pakwe diorang baik dan bijak.

Tapi selalu keluar dating..bila masa nak study ye??

Tu belum kira dengan yang abaikan kawan-kawan time kapel ni..

Yang ni memang spesis nak kena backhand kaw2 punya.

Tak backhand,kasi sepak je..

Tapi demi kawan,hanya mampu berdoa agar diorang tak terpesong jauh dan tak abaikan study masing-masing.

Ni exclude students yang dah kahwin time study k..

Aku fokus kat "Kapel secara haram" je..

Mohon jangan terasa kalau anda tak buat..

Ni cuma pendapat daripada pandangan aku.

Ok.. ツ

Selingan si malam hari

Aku tak paham jugak kadang-kadang bila online kat fb or twitter.

Berlambak budak-budak yang masih sekolah berlumba-lumba untuk jadi hotstuff. Tertanya jugak aku pun..
Best ke jadi hotstuff??
Someone tell me plis..
Mostly yang ramai followers di fb or twitter ni adalah budak-budak yang life dia macam kekurangan kasih sayang..
Contoh,budak yang selalu lepak kat pavi,hisap shisha..
Ni berdasarkan apa yang aku lihat..dan berlaku depan mata.
Aku tak kata budak-budak yang lepak kat tempat-tempat macam ni semuanya jahat.
Sesetengah je..tapi tu la realitinya.
Post gambar yang tak senonoh,pergaulan bebas,seksi..
Dengan harapan akan jadi perhatian ke kat fb or twitter?
Aku tak tahu dan aku tak nak menuduh yang bukan-bukan..
Just aku kesian kat adik-adik,abang-abang dan kakak-kakak yang mostly ialah Melayu dan beragama Islam.
Aku ni bukanlah baik sangat tapi kalau boleh tegur tu,aku tegur je even diorang nak melenting bagai pun.
Serius aku tak kisah..
Melayu beb..aku pun orang Melayu jugak.
Aku nak tengok diorang ni berjaya dalam hidup.
Korang nak jadi hotstuff,no hal la sis and bro,
tapi..
Dengan cara yang lain..bukan dengan cara yang tak bermoral and buruk ni.
Dengan ilmu,kejayaan yang kita capai,boleh je jadi hotstuff..
Orang akan sanjung korang dengan ilmu dan keperibadian yang bagus dan terbaik.
Aku tau ni dah macam jaga tepi kain orang kan?
Mak ayah korang pun tak kisah kan apa yang korang buat kan?
Tapi aku kisah..tu adalah tanggungjawab setiap orang Islam untuk menegur kalau ada yang buat salah.
Selemah-lemah iman ialah menegur dengan hati.

Kalau salah,tolong perbetulkan..
Maaf kalau ada yang terasa..

Sekadar untuk kebaikan bersama.

Bising oh Bising

Pantang aku kalau time study, bising gila ya amat.

Bila duduk serumah ni,pandai-pandai la jaga hati roomate anda. Boleh kacau kawan-kawan yang nak study. Termasuk aku.

Yang paling tak tahan,bukak lagu kuat-kuat,lepas tu melalak super volume punya.

Ya Allah..menyakitkan hati gila time tu.Tapi bersabar je la.Sebab kawan kan.. :)

Pesan aku,pakai la earphone or headphone ke.

Sebab tak semua kawan kita suka lagu yang kita dengar.



Kena marah

Tadi aku dengan teman serumah pi Carefour shopping barang rumah.Rumah la sangat.Duduk kolej ja pun.

Dalam hujan pun kami redah jugak. Sebab Carefour tu dekat ja dengan universiti kami. So kami jalan kaki. Nak kol prebet,malu pulak.Mengada-ngada.Dekat pun malas nak jalan kaki.

Habis shopping,kami pun nak balik.Time ni,barang yang dibeli banyak gila.So terpaksa kol pakcik prebet datang amik kami.

Perggggghhhhh...time pakcik prebet sampai,nasib tak menyebelahi kami.Dia mai agak awal dari sangkaan kami.

Sampai kat kereta dia,terus berleter dengan kami.Muka macam marah ja. Kami dah cuak.

Rupanya,dia caught dalam trafic tadi.Patutla angin tak betul.Ingat marah kat kami sebab lambat turun tadi.

Sabar kan separuh daripada iman.Bawak banyak bersabar ye pakcik :)