Students and "Exam Fever"

Student dan exams..
Memang tak dapat dipisahkan.. sama juga la dengan aku pun.
Asal setiap kali nak exam je, kepala ting tong.
Stress sana sini.. 
Kawan cakap salah sikit, mula nak melenting..
Sensitif sangat.. Emosi sentiasa terusik.
Yang lagi tak ok, selalu asingkan diri.
Adakah ini dinamakan simptom "exam fever"?

Kadang-kadang, ada yang study sampai tak cukup rehat.
Bila rehat tak cukup, badan pun rasa lemah ja. 
Macam mane la nak study?
Rehat cukup,tidur pun cukup..
Insya Allah boleh skor untuk exam.

Aku tengok kawan-kawan aku juga.
Bila aku tegur dia, dia buat tak tahu..
Buat muka tengah tension.
Kononnya tengah fokus study.
Siape cakap tak terase..
Macam tengah cakap dengan patung yang tak bernyawa.
Aku cuba faham situasi kawan-kawan.
So aku buat rilex dan teruskan dengan study aku.

Seminggu sebelum final exam, aku study ala kadar.
Memang aku jenis macam tu.
Aku fokus mana yang susah dan soalan spot yang di'aim' oleh lecturer.
Topik selain tu aku baca untuk soalan objektif nanti.
Tak hairan la kalau aku tidur awal. 
Pukul 11 malam, aku dah masuk bilik.
Kawan-kawan roomate yang lain stay-up
sampai lewat pagi..
Diorang dah biasa.. Aku tau diorang pun pelik sebab aku tak study gila-gila.
Aku tak sanggup kepala aku migrain sebab tidur tak cukup.

Minggu exam.
Alhamdulillah aku boleh jawab.
Soalan yang aku spot masuk dalam exam.
Kami happy je.. Harapan boleh la kot dapat dekan ramai-ramai.
Tapi aku sedikit kecewa time tu.
Ada kawan yang sampai tak nak cakap dengan siapa-siapa.
Stress,maybe?? Tapi kena pandai kawal la.
Sampai buat orang lain rasa bersalah.
Ada masalah, boleh share dengan kawan-kawan yang boleh dipercayai.
Apa-apa pun,wish all de best untuk semua.

Hari result final exam diumumkan.
Semua berjaga malam sampai ke pagi untuk check result di website universiti.
Aku terkecuali.. Malas nak tunggu.
Rela buka pagi esok.
Aku tanya kawan yang tak nak cakap dengan siapa-siapa tu.
Mulanya dia tak nak beritahu tapi kawan dia yang gitau aku.
Dia tak dapat dekan.
Aku terkejut gile..mana taknya..
Dia study gile.. sampai tak dak masa untuk rilex-rilex.
Dia tanya result aku.
Aku tak sampai hati nak gitau yang aku dapat dekan sem ni.
So aku menipu..aku cakap aku tak dapat dekan.
Dia bagi kata-kata semangat dekat aku.

"Sem depan,kita usaha sama-sama ye untuk dapat dekan"..

Aku senyum.. sambil balas "Ye"..

Aku harap dia study dengan cara yang betul..
Bukan study sorang-sorang.. 
Apa gunanya ada kawan tapi tak nak minta tolong ajar kan?

So study smart and hard..
But don't make ur mind hard too..chill and rilex ok?

Adioss..

No comments: