Aku Dah Konvo

Dah 3 tahun aku bertapa menuntut ilmu,

akhirnya aku berjaya konvo dengan purata CGPA 3.58.

Tak hebat macam orang lain,

berselempang pink dan dihujani dengan bunga-bunga.

Aku sangat bersyukur sebab emak dan ayah datang ke majlis konvo aku.

Tiada sejambak bunga yang diberikan tapi pelukan yang sangat bermakna dalam hidup 

aku.

Mereka dah bersusah payah menghantar aku belajar sampai mencapai tahap ni.

Sudah cukup bagi aku sebenarnya dengan kehadiran mereka.

Sebab ada dalam kalangan kawan-kawanku,

mereka sudah tiada ibu atau bapa.

Dan aku akan berusaha untuk graduated kelas pertama,

selepas menghabiskan degree aku 3 tahun lagi ini.