Aku tak sambut Tahun Baru

Esok dah masuk tahun 2014.

Time macam ni memang tengah hot untuk kira detik masuk New Year.

Konpem penuh dataran.

Ada yang lepak bawak famili, kawan-kawan, tak kurang juga bawa buah hati memasing.

Kononnya nak kira "3,2,1..Happy New Year!!!"




Masa macam ni la, maksiat berleluasa. Hotel murah penuh ja dengan pasangan yang lepaskan nafsu memasing.

Lepas 9 bulan.."Uweekk...uwekkk.." *bunyi baby nangis derrrr*

Aku setuju dengan satu keratan akhbar. Tarikh tak ingat.

Tukarkan sambutan baru dengan majlis keagamaan.

Sejuk hati je bila bace pasal ni.

Tak perlu nak membazir duit untuk hiburan yang entah pape.

Lagha semua tu.

Bila ada program keagamaan yang kite pergi, dah dapat pahala.

Malah dapat ilmu yang sangat berguna untuk dimanfaatkan.

Ni tidak.. terlompat macam beruk je kat atas pentas.

Batalkan konsert sambutan tahun baru. Buat majlis keagamaan. 

Terbaik.. :)

Maaf kepada kawan-kawan yang ajak sambut tahun baru tu.

Aku malas dan buang masa. 

Dan aku dah tak sambut tahun baru ni. Last aku gi dataran masa umur 10 tahun.

Lepas tu..insaf.. 

Sekian.. Maaf andai terasa.

Peace yoo!





Best ke fake relay??


Fake relay/relationship..
Common la kalau buka FB nampak status macam ni.

Status minta kaki.. Seriuss..

Apa tu fake relay?
Alaa..orang lain paham tu ialah kapel olok-olok.. *senang cerita*

Tapikan, relay tu sebenarnya suis elektrikal.. hahahaa.. *try search kat google*

Budak-budak yang terencat akal dan kekurangan kasih sayang serta batak perhatian yang overdose memang suka buat fake relay..

Contoh status: "Fake relay jom,nak tak? Titeww tengah bosan ni. Komen kat bawah sape yang nak" 

Selalunya disertakan dengan selfie muka duckface (kononnya rasa comel buat gitu)

Huarggghhh...gediknya bila aku baca! *flip table*

Nak tanya la..syok mane la sangat buat macam tu.
Rasa diri hot sebab ramai yang berebut-rebut nak relay dengan ko?

Aku ni dah la jenis tak suka mengadap benda macam ni..
Hairan camne la boleh ter'friend' dengan gegirls ni.
Remove adalah jalan yang terbaik untuk hentikan mulut aku daripada terus maki dia dalam hati.. 
Dan selamatkan harta benda aku daripada kena sepak dek sebab hati tetiba panas bila baca status macam tu.

Pesan aku, tak payah la buat camtu.
Nampak diri murah sangat and desperate so much.
Nama pun girls kan.. so jaga la maruah diri.
Lelaki pulak..urmmm nampak bapuk?ahahaa soriii..

Kalau selalu tukar relationship tu, tak ke naya kena cop "PLAYGIRL"..
Kalau rasa bangga, tak pe la..go on with your life.
Kalau boy kena cop "PLAYBOY", selalunya rasa diri dah jadi budak hot  -..-"

Budak-budak zaman la ni bukan tau malu pun..suka buat benda yang malukan diri sendiri dan boleh masuk dalam kategori "BANGANG ABADI".
Haisshhh...ni generasi nak memimpin negara nanti?
Lagi jahanam jawabnyerr..

Sekian..
Maaf untuk kata-kata yang kesat.





Students and "Exam Fever"

Student dan exams..
Memang tak dapat dipisahkan.. sama juga la dengan aku pun.
Asal setiap kali nak exam je, kepala ting tong.
Stress sana sini.. 
Kawan cakap salah sikit, mula nak melenting..
Sensitif sangat.. Emosi sentiasa terusik.
Yang lagi tak ok, selalu asingkan diri.
Adakah ini dinamakan simptom "exam fever"?

Kadang-kadang, ada yang study sampai tak cukup rehat.
Bila rehat tak cukup, badan pun rasa lemah ja. 
Macam mane la nak study?
Rehat cukup,tidur pun cukup..
Insya Allah boleh skor untuk exam.

Aku tengok kawan-kawan aku juga.
Bila aku tegur dia, dia buat tak tahu..
Buat muka tengah tension.
Kononnya tengah fokus study.
Siape cakap tak terase..
Macam tengah cakap dengan patung yang tak bernyawa.
Aku cuba faham situasi kawan-kawan.
So aku buat rilex dan teruskan dengan study aku.

Seminggu sebelum final exam, aku study ala kadar.
Memang aku jenis macam tu.
Aku fokus mana yang susah dan soalan spot yang di'aim' oleh lecturer.
Topik selain tu aku baca untuk soalan objektif nanti.
Tak hairan la kalau aku tidur awal. 
Pukul 11 malam, aku dah masuk bilik.
Kawan-kawan roomate yang lain stay-up
sampai lewat pagi..
Diorang dah biasa.. Aku tau diorang pun pelik sebab aku tak study gila-gila.
Aku tak sanggup kepala aku migrain sebab tidur tak cukup.

Minggu exam.
Alhamdulillah aku boleh jawab.
Soalan yang aku spot masuk dalam exam.
Kami happy je.. Harapan boleh la kot dapat dekan ramai-ramai.
Tapi aku sedikit kecewa time tu.
Ada kawan yang sampai tak nak cakap dengan siapa-siapa.
Stress,maybe?? Tapi kena pandai kawal la.
Sampai buat orang lain rasa bersalah.
Ada masalah, boleh share dengan kawan-kawan yang boleh dipercayai.
Apa-apa pun,wish all de best untuk semua.

Hari result final exam diumumkan.
Semua berjaga malam sampai ke pagi untuk check result di website universiti.
Aku terkecuali.. Malas nak tunggu.
Rela buka pagi esok.
Aku tanya kawan yang tak nak cakap dengan siapa-siapa tu.
Mulanya dia tak nak beritahu tapi kawan dia yang gitau aku.
Dia tak dapat dekan.
Aku terkejut gile..mana taknya..
Dia study gile.. sampai tak dak masa untuk rilex-rilex.
Dia tanya result aku.
Aku tak sampai hati nak gitau yang aku dapat dekan sem ni.
So aku menipu..aku cakap aku tak dapat dekan.
Dia bagi kata-kata semangat dekat aku.

"Sem depan,kita usaha sama-sama ye untuk dapat dekan"..

Aku senyum.. sambil balas "Ye"..

Aku harap dia study dengan cara yang betul..
Bukan study sorang-sorang.. 
Apa gunanya ada kawan tapi tak nak minta tolong ajar kan?

So study smart and hard..
But don't make ur mind hard too..chill and rilex ok?

Adioss..