Kena marah

Tadi aku dengan teman serumah pi Carefour shopping barang rumah.Rumah la sangat.Duduk kolej ja pun.

Dalam hujan pun kami redah jugak. Sebab Carefour tu dekat ja dengan universiti kami. So kami jalan kaki. Nak kol prebet,malu pulak.Mengada-ngada.Dekat pun malas nak jalan kaki.

Habis shopping,kami pun nak balik.Time ni,barang yang dibeli banyak gila.So terpaksa kol pakcik prebet datang amik kami.

Perggggghhhhh...time pakcik prebet sampai,nasib tak menyebelahi kami.Dia mai agak awal dari sangkaan kami.

Sampai kat kereta dia,terus berleter dengan kami.Muka macam marah ja. Kami dah cuak.

Rupanya,dia caught dalam trafic tadi.Patutla angin tak betul.Ingat marah kat kami sebab lambat turun tadi.

Sabar kan separuh daripada iman.Bawak banyak bersabar ye pakcik :)