Aku Dah Konvo

Dah 3 tahun aku bertapa menuntut ilmu,

akhirnya aku berjaya konvo dengan purata CGPA 3.58.

Tak hebat macam orang lain,

berselempang pink dan dihujani dengan bunga-bunga.

Aku sangat bersyukur sebab emak dan ayah datang ke majlis konvo aku.

Tiada sejambak bunga yang diberikan tapi pelukan yang sangat bermakna dalam hidup 

aku.

Mereka dah bersusah payah menghantar aku belajar sampai mencapai tahap ni.

Sudah cukup bagi aku sebenarnya dengan kehadiran mereka.

Sebab ada dalam kalangan kawan-kawanku,

mereka sudah tiada ibu atau bapa.

Dan aku akan berusaha untuk graduated kelas pertama,

selepas menghabiskan degree aku 3 tahun lagi ini.

 

WTH Tajuk Novel Sekarang

Aku ke kedai buku,

dengan harapan untuk habiskan baucer buku yang dapat.

Pusing di bahagian rak-rak novel.

Mencari buku penulis Hlovate.

Hampeh..tak jumpa pun.

Yang ada just buku novel terbaru daripada penulis lain.

Aku niat bukan nak mengutuk, nak mencela novel tu.

Aku rasa meluat tengok tajuk novel sekarang ni.

Apahal nak sama je semua?

Tengok tajuk, kompen jalan cerita pun lebih kurang jer.

Aku Suami Dia, Dia Suami Aku, Aku bukan Isteri Dia, Mr.Bear Suami Aku.

Aku tengok pun, dah rasa muak nak beli.

Ketandusan idea ke ape?

Kalau novel tu tak laku,jangan salahkan pembeli.

Kami nak jugak baca novel yang lain sikit daripada yang lain.

Akhir kata, Hlovate dan Ramlee Awang Murshid menjadi pilihan aku.

The best author.

Kalau hati dah jenis kaca

Orang yang hatinya macam kaca,

Tak boleh diusik dengan kasar,

Takot jatuh pecah berderai.

Kalau hati tu tough sikit,

jadi retak sikit je.

Kita pulak yang kena memikirkan cara nak talk dengan orang hati kaca ni.

Takot tersalah kata,

boleh nampak aura nak crack into a thousand pieces.

Susah..susah..

Aku malas nak bercakap dengan orang macam ni.

Yang dia tau, nak merajuk, nak terasa hati.

Ingat aku tak de benda lain nak kena pikir.

Melawak acah-acah nak mesra pun tak boleh.

Merajuk..terasa hati.

Demn. Totally ship.

Go on dengan perangai macam tu.

Jangan tanya why lama-lama orang tak nak cakap dengan kau.

Kau pikir sendiri sebab apa.


Hormati perasaan orang lain

"Kau kena kurus sikit badan tu..si Minah tu dah kurus dah tau"

"Alaa..soalan senang macam ni pun kau tak tahu nak buat? Kau tidur ke dalam kelas?"

"Muka kau penuh dengan jerawat la. Nanti tak der lelaki yang nak kat kau tau.."






Tu baru sikit je.. aku senaraikan mana yang common selalu aku dengar.

Telinga ni berdesing je bila dengar ayat-ayat macam ni.

Orang yang kena tembak dengan ayat-ayat pedas ni, ingat diorang takde hati ke?

Takde perasaan?

Aku pernah kena jugak dulu. Sakit hati tu memang ade la.

Aku bukan anak patung yang bernyawa yang boleh dibuat macam-macam.

Kadang-kadang aku pikir, diorang ni tak tahu ke..

yang diorang tengah mengata kat ciptaan Allah SWT..

Orang yang berbadan besar, adakah diorang mintak nak macam tu?

Orang yang kurang pandai, adakah diorang mintak jugak macam tu?

Orang yang tak lawa dan handsome, adakah diorang nak macam tu?

Tu semua Allah dah takdirkan.. ada hikmah semua tu.

Dan setiap orang ada kelebihan masing-masing.

So tak payah nak sombong bagai.

Sekali Allah tarik nikmat yang dipuja-puja tu, time tu baru la nak insaf.

Buat baik dengan la orang.

Hormati perasaan orang lain.

Kita bukan nak hidup lama atas muka bumi yang Allah pinjamkan sementara untuk kita tinggal.

Minta maaf la kepada orang yang kita dah sakiti hati dan perasaan dia.

Sebelum terlambat :)



Aku tak sambut Tahun Baru

Esok dah masuk tahun 2014.

Time macam ni memang tengah hot untuk kira detik masuk New Year.

Konpem penuh dataran.

Ada yang lepak bawak famili, kawan-kawan, tak kurang juga bawa buah hati memasing.

Kononnya nak kira "3,2,1..Happy New Year!!!"




Masa macam ni la, maksiat berleluasa. Hotel murah penuh ja dengan pasangan yang lepaskan nafsu memasing.

Lepas 9 bulan.."Uweekk...uwekkk.." *bunyi baby nangis derrrr*

Aku setuju dengan satu keratan akhbar. Tarikh tak ingat.

Tukarkan sambutan baru dengan majlis keagamaan.

Sejuk hati je bila bace pasal ni.

Tak perlu nak membazir duit untuk hiburan yang entah pape.

Lagha semua tu.

Bila ada program keagamaan yang kite pergi, dah dapat pahala.

Malah dapat ilmu yang sangat berguna untuk dimanfaatkan.

Ni tidak.. terlompat macam beruk je kat atas pentas.

Batalkan konsert sambutan tahun baru. Buat majlis keagamaan. 

Terbaik.. :)

Maaf kepada kawan-kawan yang ajak sambut tahun baru tu.

Aku malas dan buang masa. 

Dan aku dah tak sambut tahun baru ni. Last aku gi dataran masa umur 10 tahun.

Lepas tu..insaf.. 

Sekian.. Maaf andai terasa.

Peace yoo!